Powered By Blogger

Thursday, November 4, 2010

Kisah Khalid Al-Walid Panglima Islam Terbliang

Khalid bin Walid bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum bin Yaqzah bin Marrah al - Mahzumi adalah panglima Islam terulung yang memberikan banyaksumbanagan kepada penyebaran syiar Islam.Moyangnya bernama Marrah dan bertemu nasabnya (keturunnanya) denagan Nabi Muhammad S.A.W,Khalifah Abu-Bakar As-Siddiq dan Khalid Al-Walid berasal daripada keluarga yang sama.

 Khalid dilahirkan dalam keluarga yang dihormati kerana bapanya,Walid bin al-Mughirah adalah pemimpin Quraisy yang dihormati oleh kaumnya.Walid terkenal dengan kekayaan dan sifat pemurahnya sehingga mendapat gelaran Adil Wahid bermaksud orang pemurah nombor satu.

Ibu Khalid bernama Lubabah al-Sughra.Lubabah adalah anak perempuan Haris,pemimpin Quraisyyang dihormati.Dia juga merupakan adik kepada Maimunah,isteri Nabi Muhammad S.A.W.

Sejak kecil lagi Khalid Al-Walid sudah dilatih menjadi pahlawan .Dia cekap menunggang kuda dan mahir menggunakan senjata.Dia disegani dan dihormati keran kemahirannya itu.Ketika usianya masih muda,Khalid sudah diberi tanggungjawab sebagai ketu yang memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy.

Khalid al-Walid menunjukkan kecekapannya memimpin pasukan tentera berkuda Quraisy dalam perang Uhud yang berlaku pada hari Sabtu bersamaan 3 hijrah.Dengan kepintarannya,pasukan tentera berkuda Quraisy berjaya mengalahkan tentera Islam dalam perang Uhud.Khalid terus memusuhi Islam sehingga 6 Hijrah.

Pada suatu hari,ayah Khalid,iaitu Walid masuk ke Masjidil Haram.Ketika itu,Nabi Muhammad S.A.W sedang membaca Al-Quran .Walid menghampiri baginda lalu mendengar apa yang dibacanya.Nabi Muhammad S.A.W menyedari kedatangan Walid lalu baginda sengaja menguatkan bacaannya supaya didengar oleh Walid.

Kemudian Walid keluar dari Masjidil Haram lalu berkata kepada orang ramai,"Demi Tuhan,sesungguhnya saya sudah mendengar apa yang dibaca oleh Muhammad.Ia bukan perkataan manusia ataupun jin.Demi Tuhan,bahasanya sangat indah dan tiada yang dapat mengatasinya."


Peristiwa itu amat berkesan di hati Khalid.Pada suatu hari,Khalid berkata kepada kaumnya,"Sudah jelas dan terang bagi mereka yang mempunyai akal yan sempurna ,bahawa Muhammad itu bukan ahli sihir ataupun tukang syair.Apa yang dibacanya itu memang wahyu daripada Allah dan menjadi kewajipan bagi mereka yang berkal sihat mengikutinya."


Selepas memeluk Islam,Khalid dilantik menjadi panglima perang dan Saifullah atau Pedang Allah.

Menurut Abu Hurairah,"Pada suatu hari,saya dan Rasullah S.A.W berhenti pada satu tempat dan orang ramai
berjalan di hadapan kami.Rasullah S.A.W bertanya nama-nama mereka yang melalui tempat itu .Kemudian muncul seorang lelaki lalu Rasullah S.A.W bertanya :"Siapakah itu ?"Saya menjawab ;"Itulah Khalid bin Walid."Baginda berkata;"Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah."

Ketika berlaku perang muktah,Nabi Muhammad S.A.W sedang berkhutbah.Baginda berjata:"Akhirnya panji-panji itu diambil oleh Khalid Al-Walid yang digelar Pedang Allah.Peperangan itu dimenangi oleh Khalid Al-Walid."

Khalid bin Walid sudah menyertai 50 peperangan dan memperolehi kemenangan dalam semua peperangan itu.Dia terus menjadi panglima perang sehingga sehingga Khalifa Abu Bakar as-Siddiq meninggal dunia .Apabila Umar Al-Khattab menjadi khalifah,jawatan Khalid dilucutkan dan tempatnya ganti Abu Ubaidah al-Jarrah.

Pada tahun 21 hijrah,panglima Khalid bin Walid meninggal dunia ketika berumur 58 tahun.Khalifah Abu Bakar as-Siddiq pernah berkata,"Tidak ada wanita dapat melahirkan anak seperti Khalid al-Walid."