Powered By Blogger

Monday, February 14, 2011

Sejarah Valentine

 Assallamualaikumwarrahmatullahiwabarakatu..
apa khabar?Renungan tentang valentine"s day


                                                          Renungan.
Tanggal 14 Februari pada setiap tahun mungkin adalah merupakan suatu tarikh yang menjadi ingatan bagi sesetengah orang kerana inilah tarikh "keramat" bagi golongan tertentu.Jika kita tanya kepada golongan tersebut,kenapakah tarikh 14 Februari dinanti-nantikan?Antara jawapan yang diberikan diberi oleh mereka ialah"Inilah ......Hari kasih sayang,Hari kekasih,Valentine"s Day!
Dan semestinya tanggal 14 Februari merupakan hari yang ditunggu-tunggu bagi pasangan kekasih yang sedang dilamun asmara.Mereka akan saling mengutus surat ataupun kad-kad Valentine"s Day berserta cenderamata sebagai manifestasi rasa cinta kepada pasangan masing-masing.Tidak ketinggalan program-program TV diselitkan cerita-cerita berunsur cinta ditayangkan nama Valentine"s Special.Tetapi apa yang menyedihkan kita ialah golongan yang merayakan hari tersebut,ada yang terdiri dari kalangan generasi muda(atau tua)? Islam.
Kenapa "keraian" ini boleh menular kepada golongan Islam??Tidak lain dan tidak bukan kerana pemikiran mereka telah diresapi oleh racun ideologi Barat dan beranggapan sambutan hari Valentine"s Day tidak bertentangan dengan aqidah yang mereka pegang.Pada dasarnya mereka telah terpedaya dengan slogan-slogan dari Barat yang disuntikkan kedalam pemikiran mereka tetapi pernah menjadikan aqidah ini sebagai asas pandangan hidup mereka.Inilah bahayanya racun sekularisme!
Pada 12 februari 2004 Mufti Perak,Datuk Seri Harussani Zakaria seperti yang di siarkan di akhbar harian "Utusan Malaysia" dengan tegasnya menfatwakan bahawa umat Islam yang meraikan "Valentine"s Day" pada 14 feb boleh merosakan aqidah atau terkeluar dari Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal,Kristian.Kenapa pula amaran dan fatwa yang begitu tegas dikeluarkan ?Maka sudah tentulah ini adalah diasaskan pada sejarah dan intipati hari Valentine"s itu sendiri yang perlu di fahami oleh seluruh umat Islam.


                                                                  SEKIAN

No comments:

Post a Comment