Powered By Blogger

Friday, March 25, 2011

Agama Mirip Islam tetapi bukan Islam

                                           Jika perhati betul2 mungkin kita juga turut solat di
                                           belakang imamnya,kerana miripnya sembahyang
                                           agama baru dengan solat Islam.ASTARGFIRULLAHHALAZIM

 Jika dilihat sekali imbas,kita fikir mereka sedang solat berjemaah.Perhati betul-betul,sebenarnya mereka ini semua bukan bersembahyang bahkan mereka bukan Muslim.
 Mereka adalah penganut satu agama baru yang sembahyangnya nirip seperti solat orang-orang Islam.Agama itu dipanggil Khasanah Ortodox.Sudah menular di Singapura dan kemungkinnan akan melarat ke Malaysia.Buat masa ini,penganutnya tidak ramai .Agama ini dikatakan berasal Russia dan nama singkatannya ialah KOS(Khasanah Ortodol Syria).
 Yang mengharaikan kita,mengapa ibadatnya mirip ibadah orang Islam.Cuma bezanya mereka bersembahyang dengan diiringi lagu.Ketika rukuk tangan mereka menunjukkan tanda palang di dada.Agama ini satu dari mazhab Kristian.
 Apabila Mangrib tiba,penganutnya2 bergegas untuk sembahyang.Semuanya berkopiah ada yang bersongkok dan sembahyang,mereka diketuai oleh seorang oleh seorang imam dan menggunakan bahasa Arab.
 Rukun solatnya ada ruku` dan sujud.Bezanya mereka bersolat sebanyak 7 kali sehari setiap 3 jam dan setiap kali bersembahyang  hanya 2 rakaat sahaja.
 Jika seseorang itu tidak perasan ia boleh mengelirukan orang-orang Islam,(memang itu pun tujuan sebenar wujudnya agama ini.Antaranya waktu solat mereka adalah:

  • Sa`atul awwal(fajar/subuh)
  • sa`atuts tsalis(dhuha)
  • sa`atus sadis(dhuhur)
  • sa`atut tis`ah(ashar)
  • sa`atul ghurub(maghrib)
  • sa`atun naum(Isya`)
  • sa`atul layl(tengah malam)
Mereka juga berpuasa .Jika orang Islam berpuasa pada bulan ramadhan selama sebulan..Agama KOS ini berpuasa selama 40 hari berturut-turut disebut "Shaumil Kabir".\ yang dilakukan sekitar bulan April.Jika dalam Islam ada puasa sunnah iaitu Isnin-Khamis.Pada agama KOS ini dilakukan pada hari Isnin-Jumaat.Kerana mengenang kesengsaraan(sebenarnya Nabi Isa a.s diangkat ke sisi Allah).
Selain solat dan puasa,jamaah KOS juga mengena zakat dan zakat dalam ajaran KOS ia adalah sepersepuluh pendapatan.Sedangkan Islam tidak menyuruh fakir miskin untuk membayar zakat.
Yang menjadi tanda soalan,kenapa agama KOS ini direka supaya mirip dengan agama Islam?
Kerana mereka mahu memesongkan akidah kita.



                                                Assalamualaikum.
                                                          :)

No comments:

Post a Comment