Powered By Blogger

Thursday, April 7, 2011

Asal-Usul Kejadian Api


Assalamualaikumwarrah,atullahiwabarakatu.
Hari ini saya akan menceritakan tentang API.

  Tahukah anda bagaimana asal kejadian api di dunia ini ?Diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah menceritakan tentang asalnya kejadian api di dunia.Ketika Nabi Adam a.s dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah khuldi,maka Allah SWT telah memerintahkan Malaikat Jibril supaya mengambil sedikit api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Nabi Adam.Maka Jibril pun diperintahkan untuk meminta tersebut daripada Malaikat penjaga api neraka iaitu Malaikat Zabaniah.
Ini antara dialog mereka berdua:

Jibril:Wahai Zabaniah,aku diperintahkan oleh Allah untuk mengambil sedikit api neraka bagi dihantar ke dunia untuk kegunaan Adam di sana.

Zabaniah:Baiklah,sebanyak mana sedikit itu wahai Jibril ?

Jibril:Berilah sebesar buah kurma

Zabaniah:Ohh tidak...Kalau sebesar buah kurma api neraka itu yang engkau bawa,nescaya cair 7 lapisan langit dan 7 lapis bumi akibat kepanasannya.

Jibril:Kalau begitu berilah kepadaku sebesar dari buah kurma..

Zabaniah:Kalau sebesar separuh kurma api neraka ini engkau letakkan di dunia,nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada sesuatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti.

    Maka Jibril menjadi buntu untuk meminta sebesar mana api yang mesti dipinta.Dia pun menghadap Allah untuk mengetahui sendiri saiz api yang perlu dihantar ke bumi.
     Allah SWT pun memerintahkan supaya Jibril mengambil hanya sebesar zarah yakni sebesar Atom yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Maka Jibril pun mengambil api neraka sebesar zarah itu dari Malaikat Zabaniah tetapi oleh kerana terlalu panas,api neraka sebesar zarah itu terpaksa pula disejukkan dengan mencelupkannya di dalam 70 buah sungai Syurga dan di setiap sungai itu pula direndam 70 kali.
    Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah yang terpaksa disejukkan di dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 kali celupan di setiap sungai dan sisanya sahaja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya.Bagaimana pula dengan api  di neraka itu sendiri ? Bolehkah amalan kita yang sedikit itu dapat menyejukkan api di sana ?Apatah lagi bukan amalan baik kita lakukan sebaliknya amalan keji dan hina pula yang kita kumpulkan.NAUZUBILLAHIMINZALIK.

No comments:

Post a Comment