Powered By Blogger

Friday, April 1, 2011

Sejarah April Fool"s

 Menurut riwayatnya iaitu kira-kira lebih dari seribu tahun yang lalu.Sepanyol di bawah pemerintahan Islam yang begitu kuat sehingga tidak dapat dihancurkan.Dan sememangnya menjadi tabiat kaum kuffar(kufur) iaitu musuh-musuh Islam pada sepanjang masa dan sejarah.Tidak akan merasa senang serta tidak akan pernah hilang keinginan mereka untuk menghancurkan Islam dan memadam cahaya Allah S.W.T..

Berbagai cara akan mereka lakukan dan berbagai helah dicari untuk menjatuh umat Islam.Begitu juga keadannya di Sepanyol ketika itu.kaum Kristian terutamanya berharap untuk melenyapkan Islam dari seluruh bahagian Sepanyol.Sedangkan ketika itu umat Islam beberapa bahagian di Sepanyol seperti di Grenada(Ghornata),begitu kuat mengamalkan cara hidup yang berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah.Selain itu mereka begitu kuat hingga tidak dapat diganngu gugat.

Beberapa kali mereka mencuba menyerang,menggangu serta cuba membersihkan kekuasaan umat Islam tetapi menemui kegagalan demi kegagalan.Lalu mereka mengirimkan pengintip untuk mengetahui asas kekuatan umat Islam di sana.Maka pengintip tersebut berpura-pura masuk Islam dan apabila sekian lama bersama-sama dengan umat Islam di sana.Beliau menemui satu kekuatan umat Islam iaitu IMAN dan TAQWA mereka kepada Allah.

Maklumat tersebut lalu di sampaikan kepada musuh-musuh Islam lalu mereka mencari strategi untuk melemahkan umat Islam di sana dan menghancurkannya.Setelah beberapa kali bersidang,mereka membuat kesimpulan bahawa untuk melemahkan kaum Muslimin,mereka mesti melemahkan Iman dan Taqwa mereka kepada Allah SWT.Lalu mereka pun mencuba berbagai cara dlam usaha melemahkan Iman umat Islam.Antaranya mereka mengirimkan alkohol,muzik,dadah malah wanita-wanita yang menghayalkan.

Strategi tersebut cukup berkesan.Setelah beberapa lama didapati sesetengah umat Islam tidak lagi kuat Imannya dan Taqwa mereka.Apabila menyedari keadaan tersebut,maka mereka sekali lagi merancang untuk menyerang dan memusnahkan umat Islam.

Maka kali ini umat Islam diserang habis-habisan,Malng sekali pada ketika ini,umat Islam tidak lagi berupaya melawan dan mempertahankan diri mereka.

Akhirnya jatuhlah semua daerah kepada Sepanyol dari penguasaan umat Islam selama 800 tahun kepda Kristian seluruhnya.Daerah  terakhir yang dapat dikuasai adalah Grenada.

Kezaliman yang di lakukan kepada umat Islam ketika itu amat dahsyat.Sekiranya di temui pasti akan di seksa dan dibunuh.Maka pihak Muslimin terpaksa lari dan menyembunyikan diri.Namun ini beluim dapat memuaskan hati mereka.

Lalu mereka menawarkan peluang iaitu sekiranyan penduduk Muslimin ingin selamat.Mereka ingin hendaklah berpindah keluar dari Sepanyol dan kapal-kapal akan disediakan.

Pada mulanya,kaum Muslimin merasa curiga atas tawaran tersebut,tetapi mereka tiada pilihan lain.Tambahan pula mereka mendapati bahawa kapal-kapal untuk mereka melakukan pelayaran telah tiba di pelabuhan dan menanti ketibaan mereka.

Tanggal 1 April,kaum Muslimin keluar beramai-ramai ke pantai dengan hasrat untuk meninggalkan negeri Sepanyol.Pada kesempatan inilah tentera-tentera Sepanyol telah menyerang dan membunuh Muslimin keseluruhnya,sama ada wanita atau kanak-kanak.Bahkan kapal-kapal yang berada di pantai dibakar.Tidak cukup dengan itu,penempatan lain pihak Muslimin juga dibakar.Maka hancurlah pihak Muslimin dan berjayala musuh Islam dalam usaha melakukan "pembersihan" terhadap pihak Muslimin.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini dirayakan oleh pihak Kristian pada1 April pada setiap tahun...

Perayaan ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di seluruh dunia sebagai April Fool"s Day..Namun apa yang paling menyedihkan,orang-orang Islam pun turut memperingati April Fool"s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan saudara sesama Islam.

Sesungguhnya sebagai umat Islam adalah tidak wajar sama sekali dan tidak seharusnya kita membudayakan suatu budaya yang bukan datangnya dari Islam itu sendiri.Berhati-hatilah terhadap budaya ini/

Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan perangilah mereka sehingga tidak ada lagi fitnah,dan (sehingga) menjadilah agama itu semata-mata kerana Allah.Kemudian jika mereka berhenti maka tidaklah ada permusuhan lagi melainkan terhadap orang-orang yang zalim"
(Surah Al-Baqarah :193)


                              ASSALAMUALAIKUMWARRAHMATULLAHIWABARAKATUH

No comments:

Post a Comment